Total Pageviews

Friday, January 21, 2011

terima kasih.....

1. Special thank to 'bos' kerana banyak membantu saye utk kekal di IJC...diharapkan jase 'bos' hanye Tuhan yang membalsanye...tak kire dapat ke tak yang penting jase 'bos' tetap saye hargai dan sanjungi...insyaAllah saye akan membalas kepercayaan yang diberi...

2. Kepada pelaja2 yang sangat menghargai kehadiran saye selame ni di sekolah...wah kepada pelajar 5sc4 2011 korang memang berani gile...saye pn x sangke korang sanggup buat cm tu sekali..Pn.Sanisah jadi saksi...gile sekali...Ape pun kene ingat, pe keputusan pn korg tetap kene hormati..sy akan tetap membantu...

3. Ade si polan si polan tu ckp hebat sangat ke si A.G tu...bile tdgr je pesoalan cm tu sy hanye senyum jek...bile tgk balik sape yg tanye tu...terase hebat gak sbb org yg tanye tu kire dasyat la jugak...org.penting...

4. Dalam kite mengajar xperlu la nk tunjal-tunjal kepale budak, nak maki2 budak ckp bodoh tu semue..bg saye x perlu tu semue...kite dibayar gaji untuk mengajar dan mendidik....

5. Sekarang ni ape yg dilakukan adalah provoaksi..yang nak menunjukkan kepade pelajar yg sebelum ni yang mengajar tu salah ajar..xtau ajar..tp ingat hakimnye ialah pelajar..pelajar yg akan menilai..buktinye ape yg dibuat oleh 5sc4....uhuhuh....tahniah..tahniah...

6. Sorry la post ni agak pedas ckit...xde kene mengene yg hidup atau pun yang telah bersare...hahahhaa...sempat nak kenen...

7. Kepada cikgu-cikgu yang banyak memberi sokongan,terima kasih diucapkan..x lupe pade bro sahar, bro halipah, bro shaharum n bro zul...wa salute lu org...terbaik...selalu doakn saye masuk semule di IJC...tahun ni dugaan kuat ckit...

8. Kepada pelajar tusyen, terima kasih kerana mempercayai saye untuk membimbing kalian semue...pelajar dr ijc, h.school, stpm, canosa, tun tijah, sri kota, st.david, bukit baru...fuhh x sangke...ramai nye....alhamdulillah..berkat ikhlas membantu...

9. lastly, kepada yg tersayang..thank kerana sudi berkongsi saat susah bersama..usia hanya angka..kepada keluarge thank kerane memahami sekarang saat sukar dalam hidup...besabar..setiap rezeki telah ditentukan....

10. thanks kepada yg sudi membace..

tunggu post yg akan dtg...adios..

A.G...

motor idaman....


bile le nak dapat motor ni.....

Tuesday, January 18, 2011

Syukur..........

1. Syukur alhamdulillah, berkat doa semue..rezeki makin bertambah..tadi mendapat pangilan dari Pentadbir asrama stpm untuk mengajar di asrama STPM subjek akaun utk.tingkatan 5.Kelas bermula khamis ni dari 8-10 malam.Dengar cite, bukan main suke lagi budak2 kelas tu..xtau le pe yg dieorag suke kan...saye cube akan bagi yang terbaik..

2. Kdp pelajar 5sc4 IJC, sabar ye..mb sy akan kelas korang naik cuti ni TETAPI salah satu kelas terpaksa la dikorbankan sama ada 5M atau 5J...tu pun kalau pihak pentadbir setuju la..xpe..nasihat saye x kire la sape yg ajar, korang mesti boleh sbb saye yakin kelas korg semue pelajar2nye adalah pandai2...yang penting yakin pada diri...

3. Syukur jugak kepada hadrat-Nya, kerana telah memberi insan-insan teristimewa dalam membantu perjalanan hidup ni..Thanks sangat-sangat..

4. Kepada Cikgu Sharul, terima kasih diucapkan kerana membantu saye dalam menguruskan pusat tusyen..lepas ni ade banyak projek yang akan kite jalankan..hehehe..tusyen dh makin bagus, lepas ni kerepek dll.Mission aku naik sekolah ni nak rapatkan ko dengan salah seorang cikgu baru yang ade..hahaha...siap le...kepada pelajar-pelajar ni misi kite bersame bg sape yg nak nak tgk cikgu sharul naik pelamin cepat2...Saye?...lambat lagi....hehehe..beserah je kepada Allah.

5. Nota belanjawan tunai akan saya publish x lame lagi..tunggu la...

6. Kepada pelajar-pelajar yang belum join kelas tusyen saye, jangan segan-segan...banyak lagi tempat kosong..bukan kate saye ni terbaik, tapi saye boleh bantu utk.mudahkan korang belajar dlm subjek akaun ni..kalau x percaye dgr la respon dari pelajar2 yg lepas...sejak 3 tahun lepas, hampir 300 rg lebih pelajar yg saye dh bagi tunjuk ajar..alhamdulillah, keputusan pun ok...jadi masih belum terlambat lagi...

7. Okla..bertemu lagi dlm coretan akan datang..semoge semue dilindungi Allah S.W.T..Amin..

bye..

A.G

Sunday, January 16, 2011

masih dalam pernantian.......

1. Tinggal berape hari saje nak kembali ke sekolah...tapi tu semue ikut perancangan la..mane le tau x jadi...hahaha...

2. Bebelit lidah ni nk ajar akaun dalam english..aduhai susah betul tapi bagus dlm mase yg same blh jugak tmbah2 kan ilmu..

3. Syukur alhamdulilah, pelajar tusyen makin ramai...berkat doa semue.yang penting niat nak membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm nanti..

4. kelas cikgu sharul pun dah berjalan..syukur sambutan pun ok..setiap hari khamis 8-10 malam kelas ekonomi asas..

5. Minggu depan insyaAllah akan mula mengajar di asrama STPM..terima kasih kepada ex2 pelajar yang bagi promosi 'caw-caw' nye...promosi kalian byk membantu saya..juga kepada pelajar stpm yg ade skrg...kalau dapat nanti sy belanje kamu semue makan...hehehe..

hehehehe....jumpe lagi..
A.G

Monday, January 10, 2011

jadual kelas baru.......

Jadual tusyen prinsip perakaunan untuk pelajar tingkatan 5 (spm 2011):
Isnin 8-10 malam
selasa 5-7 ptg , 8-10 malam
rabu 5-7 ptg, 7.30-9.30 malam
jumaat 8-10 malam
sabtu 11-1 t.hari
ahad 11-1 t.hari
Yuran: RM 45
* sila pilih 2 jadual (2 hari)..4 jam seminggu.

Jadual tuisyen prinsip perakaunan untu pelajar tingkatan 4 (2011)
khamis 8-10 mlm (bermula pada 13 Jan.2011)
Yuran : RM 35

Jadual tuisyen ekonomi asas untuk pelajar tingkatan 5 (spm 2011):
khamis 8-10 mlm
Yuran: RM 35

Tuesday, January 4, 2011

bosan menunggu...

1. Cepat la habiskan cuti ni...dah bosan lak rasenye menunggu..dh bis rehat dh pun...tak sabar nak ajar balik kelas-kelas dulu..5sc4,5m dan 5j...

2. Yang pastinye, hanya kelas 5m dan 5j saje yg tesenarai sebb dlm jadual waktu dh ade dah name sape yg ajar nanti..

3. Thanks kepada pelajar yang memberi kata-kata semangat..Sy doakan korg dipermudahkan dalam menuntut ilmu...korg semue pandai2 belake, x kire la sape yg ajar pasti akan dapat keputusan yg cemerlang...sy sentiase doakn yg terbaik utk semue..

4. Sekirenye ade sbrg pertanyaan berjenaan dgn subjek akaun, sy rase korg semue sedie maklum mcm mane nk cari sy..

bertemu lg pad post yg akn datang...salam

A.G

Monday, January 3, 2011

Budak-budak baru.....

1. Minggu ni dah start ajar budak2 MMU...syukur alhamdulillah..Dengan sedikit ilmu yang dikurniakan, InsyaAllah dapat membantu untuk lulus cemerlang paper ACT pd final exam nanti..Debaran sebab ni 1st time ngajar budak standard lebih sikit dr SPM...doakan semuanya berjalan dengan lancar...

2. Thanks sebab doakan saya kembali semula di IJC...x sabar rasenye nk ngajar balik..rindu kat bunyi loceng dan sore2 bak pontianak mengilai di IJC.hahahaha.tu semue kenangan terindah 2 tahun yang lepas...

3. Kepada pelajar tuisyen saya untuk tahun ni, saya janji akan beri yang terbaik supaya mendapat A+ dalam exam SPM nanti..yang x pandai tahun lepas akan jadi pandai tahun ni..hahaha...xde rasenye dalam sejarah saya mengajar di tusyen, pelajar saya akan fail dlm paper akaun.So, dgn saya mudah saje..rajin dtg kelas + buat latihan yg diberi + doa + tawakal = A+...senang je formulanye...

k sehingga kite berjumpe lagi pade post yang akan datang...

Terima kasih, salam.
A.G

Jadual waktu tuisyen Prinsip Perakaunan SPM 2011

Sesi A:
Isnin : 8-10 malam*
Selasa : 8-10 malam**

Sesi B:
Rabu : 7-9 malam*
Jumaat : 7-9 malam**

Sesi C:
Sabtu : 11-1.00t/hari*
Ahad : 11-1.00t/hari**

Nota:
* Kelas akan diajar topik dari tingkatan 4 (ulangkaji) dan kelas folio akan dibuat pada bulan April hingga Mei 2011.
** Kelas akan diajar topik dari tingkatan 5.

Sekiranya jadual di atas tidak boleh di ikut oleh pelajar, pelajar dikehendaki mengemukakan jadual sendiri dan cikgu akan cuba ikut jadual yang telah anda sendiri susun...

Terima Kasih.

Tusyen Akaun 2011

Tenaga Pengajar : En.Akram b Ab Ghani
No.Telefon : 017-617 9406
Email : tusyenakaunspm@yahoo.com
Facebook : akram_glauben@yahoo.com
tusyenakaunspm@yahoo.com

Prinsip Perakaunan SPM 2011
Format Pentaksiran Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM (bermula 2011):
Kertas 1 (3756/1):
40 soalan objektif
20% dari markah keseluruhan
Tempoh ujian 1 jam 15 minit
Kertas 2 (3756/2):
Bahagian A dan bahagian B. Jumlah markah 100
Bahagian A: 3 soalan wajib jawab semua (60 markah)
Bahagian B: 3 soalan pilih 2 (40 markah)
60% dari markah keseluruhan
Tempoh ujian 2 jam 30 minit
Kertas 3 (3756/3):
2 tugasan (folio). Tingkatan 4 dan 5.
20% dari markah keseluruhan.
Tempoh: Tingkatan 4 (bulan Ogos-September)
Tingkatan 5 (April-Mei)

Tuisyen:
Yuran : RM 45/sebulan*
RM 35/sebulan**
*2 kali seminggu (4jam/minggu). Satu kelas untuk Tingkatan 5 dan satu kelas ulangkaji topic dari tingkatan 4 & 5. Kelas Folio akan diberi percuma.
*1 kali seminggu (2 jam/minggu). Satu kelas untuk Tingkatan 5 sahaja. Kelas folio akan dikenakan yuran tambahan RM 10/sebulan (bulan April & Mei).

Bab 1: Perakaunan Tunai

Bab 1:
Kawalan Tunai

Perkara yang perlu dipelajari dalam bab ini:
a. Tujuan kawalan tunai
b. Penyata Penyesuaian Bank (PPB)*
c. Belanjawan Tunai dan Varian*
TUJUAN KAWALAN TUNAI
1. Kawalan dalaman iaitu pengawasan dan pengendalian urusan keluar masuk tunai perniagaan.
2. Merupakan aspek yang paling penting dalam pengurusan kewangan sesebuah syarikat.
3. Tunai perlu dikendalikan dengan penuh teliti dimana segala penerimaan dan pembayaran perlu direkod ke dalam Buku Tunai beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti resit, slip, baucar dll.
4. Tujuan kawalan tunai dibuat adalah untuk:
a. Mengelakkan berlakunya kehilangan tunai spt.kecurian, penipuan dan penyelewengan.
b. Memastikan tunai mencukupi untuk menampung operasi syarikat seperti membayar perbelanjaan.
c. Mengelakkan berlakunya kehilangan hasil akibat tunai di tangan yang tidak dilaburkan.
5. Oleh itu, kejayaan sesebuah syarikat kebiasaanya berpunca dari pengurusan tunai yang baik dan mantap.
PENYATA PENYESUAIAN BANK (PPB)
Pengenalan
Salah satu cara sesebuah syarikat yang bijak dalam mengendalikan kawalan tunainya, adalah dengan membuat penyata penyesuaian bank. Tujuan utama PPB disediakan adalah untuk menyesuaikan baki buku tunai (disediakan oleh perniagaan) dan penyata bank (yang disediakan oleh pihak bank).
Kebiasaanya, baki akhir buku tunai (ruangan bank) dan penyata bank pada setiap hujung bulan adalah tidak sama. Maka apabila keadaan ini berlaku, pihak pengurusan (kebiasaanya pegawai kewangan syarikat) akan membuat PPB untuk mengetahui sebab-sebab mengapa baki-baki ini tidak sama.
Sebelum mengenal pasti sebab-sebab berlaku, terlebih dahulu perlu mengetahui hubungan antara perniagaan (yang membuat Buku Tunai) dan pihak bann (yang mengeluarkan Penyata Bank). Apabila berlaku penerimaan wang, Buku Tunai akan direkod disebelah debit, Penyata Bank direkod di sebelah kredit. Manakala apabila pembayaran dibuat, Buku Tunai akan direkod disebelah kredit, Penyata Bank akan dicatat disebelah debit.
Sebab-sebab Perbezaan Baki Buku Tunai (Ruangan Bank) dengan Penyata Bank
1. Butir direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum direkodkan dalam Penyata Bank. Ini berlaku kerana:
a. Cek belum dikemukakan.
Cek yang telah dikeluarkan tetapi belum lagi dikemukan bayaran kepada bank.
Contoh: Syarikat A telah membayar hutangnya dengan Cek kepada Syarikat B pada bulan Januari, namun Syarikat B masih belum kemukan cek itu kepada pihak bank untuk menuntut bayaran pada bulan yang sama. Apabila urusniaga seperti ini berlaku, Buku Tunai Syarikat A telah menunjukkan catatan bayaran di sebelah KREDIT namun TIADA CATATAN urusniaga tersebut di dalam Penyata Bank syarikat pada bulan berkenaan. Maka, urusniaga ini dikenal pasti sebagai ‘cek belum dikemukakan’.










b. Deposit belum dikreditkan.
Wang yang telah diterima tetapi masih belum dimasukkan kedalam akaun bank.
Contoh: Syarikat A telah menerima cek dari Syarikat C pada bulan januari, namun masih belum dimasukkan (bank-in) dalam akaun bank syarikat. Apabila ianya berlaku, urusniaga ini ada dalam Buku Tunai (DEBIT) namun tiada catatan di sebelah KREDIT Penyata Bank.





c. Kesilapan catatan dalam Buku Tunai.
Biasanya kesilapan akan berlaku dalam Buku Tunai dan kita mengadaikan Penyata Bank sentiasa betul. Contohnya, faedah simpanan bank RM 110 telah direkodkan dengan betul dalam Penyata Bank, namun telah direkod sebanyak RM 101 dalam Buku Tunai. Ini menyebabkan baki pada Buku Tunai telah terkurang catat sebanyak RM 9.

2. Butir direkodkan dalam Penyata Bank tetapi Belum Direkodkan dalam Buku Tunai. Ini berlaku kerana:
a. Penerimaan oleh bank (bagi pihak perniagaan).
Pihak bank telah menerima bayaran daripada pihak ketiga tanpa pengetahuan peniagaan. Apabila ini berlaku dalam Penyata Bank syarikat akan menunjukkan catatan ini (KREDIT) tetapi tiada catatan dalam Buku Tunai (KREDIT) perniagaan kerana tidak mengetahui urusniaga ini berlaku. Contoh urusniagaan ialah dividen pelaburan, faedah atas simpanan tetap, dan bayaran terus oleh penghutang.





b. Pembayaran oleh bank (bagi pihak perniagaan).
Urusniaga telah didebitkan terlebih dahulu tanpa diketahu oleh pihak perniagaan. Maka tiada catatan akan direkod didalam Buku Tunai (KREDIT) perniagaan. Contoh urusniaga bayaran buku cek, caj bank, faedah atas overdraf, perintah sedia ada seperti bayaran premium insuarans.




c. Cek Tak Laku.
Cek tak laku atau cek tak layan ialah cek yang dikeluarkan oleh pihak pelanggan dikembalikan oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu. Apabila ini berlaku, pihak bank telah mendebitkan cek ini dalam penyata bank, namun tiada catatan ditunjunjukkan disebelah kredit Buku Tunai. Kesan, baki Penyata Bank terkurang dari baki Buku Tunai.
KAEDAH PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BANK
Terdapat 2 kaedah penyediaan PPB:
a. Tanpa Mengemaskini Buku Tunai
b. Mengemaskini Buku Tunai
Kaedah-kaedah ini akan ditunjukkan melalui soalan latihan yang akan dibuat bersama. Langkah-langkah untuk membuat PPB ini akan diterangkan semasa latihan.


Pesanan saya:
“Topik PPB ini sangat menarik dan mudah sekiranya pelajar dapat mengikuti langkah-langkah yang diajar. Yang best, kontroversi akan timbul apabila kaedah saya dibandingkan dengan cara cikgu anda di sekolah. Bandingkan dan pilih cara mana yang anda lebih mudah faham.”…..Cikgu Akram Ghani..hahahaha.