Total Pageviews

Monday, January 3, 2011

Bab 1: Perakaunan Tunai

Bab 1:
Kawalan Tunai

Perkara yang perlu dipelajari dalam bab ini:
a. Tujuan kawalan tunai
b. Penyata Penyesuaian Bank (PPB)*
c. Belanjawan Tunai dan Varian*
TUJUAN KAWALAN TUNAI
1. Kawalan dalaman iaitu pengawasan dan pengendalian urusan keluar masuk tunai perniagaan.
2. Merupakan aspek yang paling penting dalam pengurusan kewangan sesebuah syarikat.
3. Tunai perlu dikendalikan dengan penuh teliti dimana segala penerimaan dan pembayaran perlu direkod ke dalam Buku Tunai beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti resit, slip, baucar dll.
4. Tujuan kawalan tunai dibuat adalah untuk:
a. Mengelakkan berlakunya kehilangan tunai spt.kecurian, penipuan dan penyelewengan.
b. Memastikan tunai mencukupi untuk menampung operasi syarikat seperti membayar perbelanjaan.
c. Mengelakkan berlakunya kehilangan hasil akibat tunai di tangan yang tidak dilaburkan.
5. Oleh itu, kejayaan sesebuah syarikat kebiasaanya berpunca dari pengurusan tunai yang baik dan mantap.
PENYATA PENYESUAIAN BANK (PPB)
Pengenalan
Salah satu cara sesebuah syarikat yang bijak dalam mengendalikan kawalan tunainya, adalah dengan membuat penyata penyesuaian bank. Tujuan utama PPB disediakan adalah untuk menyesuaikan baki buku tunai (disediakan oleh perniagaan) dan penyata bank (yang disediakan oleh pihak bank).
Kebiasaanya, baki akhir buku tunai (ruangan bank) dan penyata bank pada setiap hujung bulan adalah tidak sama. Maka apabila keadaan ini berlaku, pihak pengurusan (kebiasaanya pegawai kewangan syarikat) akan membuat PPB untuk mengetahui sebab-sebab mengapa baki-baki ini tidak sama.
Sebelum mengenal pasti sebab-sebab berlaku, terlebih dahulu perlu mengetahui hubungan antara perniagaan (yang membuat Buku Tunai) dan pihak bann (yang mengeluarkan Penyata Bank). Apabila berlaku penerimaan wang, Buku Tunai akan direkod disebelah debit, Penyata Bank direkod di sebelah kredit. Manakala apabila pembayaran dibuat, Buku Tunai akan direkod disebelah kredit, Penyata Bank akan dicatat disebelah debit.
Sebab-sebab Perbezaan Baki Buku Tunai (Ruangan Bank) dengan Penyata Bank
1. Butir direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum direkodkan dalam Penyata Bank. Ini berlaku kerana:
a. Cek belum dikemukakan.
Cek yang telah dikeluarkan tetapi belum lagi dikemukan bayaran kepada bank.
Contoh: Syarikat A telah membayar hutangnya dengan Cek kepada Syarikat B pada bulan Januari, namun Syarikat B masih belum kemukan cek itu kepada pihak bank untuk menuntut bayaran pada bulan yang sama. Apabila urusniaga seperti ini berlaku, Buku Tunai Syarikat A telah menunjukkan catatan bayaran di sebelah KREDIT namun TIADA CATATAN urusniaga tersebut di dalam Penyata Bank syarikat pada bulan berkenaan. Maka, urusniaga ini dikenal pasti sebagai ‘cek belum dikemukakan’.










b. Deposit belum dikreditkan.
Wang yang telah diterima tetapi masih belum dimasukkan kedalam akaun bank.
Contoh: Syarikat A telah menerima cek dari Syarikat C pada bulan januari, namun masih belum dimasukkan (bank-in) dalam akaun bank syarikat. Apabila ianya berlaku, urusniaga ini ada dalam Buku Tunai (DEBIT) namun tiada catatan di sebelah KREDIT Penyata Bank.





c. Kesilapan catatan dalam Buku Tunai.
Biasanya kesilapan akan berlaku dalam Buku Tunai dan kita mengadaikan Penyata Bank sentiasa betul. Contohnya, faedah simpanan bank RM 110 telah direkodkan dengan betul dalam Penyata Bank, namun telah direkod sebanyak RM 101 dalam Buku Tunai. Ini menyebabkan baki pada Buku Tunai telah terkurang catat sebanyak RM 9.

2. Butir direkodkan dalam Penyata Bank tetapi Belum Direkodkan dalam Buku Tunai. Ini berlaku kerana:
a. Penerimaan oleh bank (bagi pihak perniagaan).
Pihak bank telah menerima bayaran daripada pihak ketiga tanpa pengetahuan peniagaan. Apabila ini berlaku dalam Penyata Bank syarikat akan menunjukkan catatan ini (KREDIT) tetapi tiada catatan dalam Buku Tunai (KREDIT) perniagaan kerana tidak mengetahui urusniaga ini berlaku. Contoh urusniagaan ialah dividen pelaburan, faedah atas simpanan tetap, dan bayaran terus oleh penghutang.





b. Pembayaran oleh bank (bagi pihak perniagaan).
Urusniaga telah didebitkan terlebih dahulu tanpa diketahu oleh pihak perniagaan. Maka tiada catatan akan direkod didalam Buku Tunai (KREDIT) perniagaan. Contoh urusniaga bayaran buku cek, caj bank, faedah atas overdraf, perintah sedia ada seperti bayaran premium insuarans.




c. Cek Tak Laku.
Cek tak laku atau cek tak layan ialah cek yang dikeluarkan oleh pihak pelanggan dikembalikan oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu. Apabila ini berlaku, pihak bank telah mendebitkan cek ini dalam penyata bank, namun tiada catatan ditunjunjukkan disebelah kredit Buku Tunai. Kesan, baki Penyata Bank terkurang dari baki Buku Tunai.
KAEDAH PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BANK
Terdapat 2 kaedah penyediaan PPB:
a. Tanpa Mengemaskini Buku Tunai
b. Mengemaskini Buku Tunai
Kaedah-kaedah ini akan ditunjukkan melalui soalan latihan yang akan dibuat bersama. Langkah-langkah untuk membuat PPB ini akan diterangkan semasa latihan.


Pesanan saya:
“Topik PPB ini sangat menarik dan mudah sekiranya pelajar dapat mengikuti langkah-langkah yang diajar. Yang best, kontroversi akan timbul apabila kaedah saya dibandingkan dengan cara cikgu anda di sekolah. Bandingkan dan pilih cara mana yang anda lebih mudah faham.”…..Cikgu Akram Ghani..hahahaha.

1 comment:

  1. Bagaimanakah transaksi yang perlu dilakukan sekiranya Sykt telah mendepositkan cek sebanyak RM266.00. Pada 1/3/2012 cek tersebut telah clear sebanyak RM266 didalam penyata bank. Namun begitu, pada 5/3/2012 bank telah menghantar debit advice untuk cek tersebut dan mendebit akaun bank sebanyak RM166.00 dimana terkurang debit sebanyak RM100.00. Pada 9/3/2012, bank telah menkreditkan kembali cek tersebut sebanyak RM266.00. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan penyata penyesuaian bank balance?

    ReplyDelete